Firasat hati…

Firasat hati…
Aku tercekat di antara sehimpitan baja berat
Bak batu pualam terkubur senja di aluvial
Pelik memekik kejora berantai
Tersekat di lumpur-lumpur tenggelam
Siksa nurani di sekat pagi
Menyapa anggun katak mungil dalam bejana
Berenang dalam kealpaan sunyi
Sendiri berbalut kemelut
Bukan pesona mentari yang ku harap kembali
Atau nyanyian katak di dahan-dahan teratai
namun kabut hitam di semburat wajahmu
penuh isyarat dan makna yang dalam
adakah suatu kekeliruan ku terhadapmu
dan kau diam, diam, diam, hanya diam,
aku bergelut dengan fikiranku yang rancu tak menentu
gelombang-gelombang firasat buruk itu menghantuiku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *